Yesterdayyy, gonna mish this moment


 Ramai cakap kitorang kembar haha


 Wiring time!
 Fatin, Husna, Maisarah
#bajubengkelakumemangbesar

Rafi, Muahaimin and me Fatin

Fatin, Husna, Mira, Fana, Niza, Faizah, Mai
Ila, Sarah, Ummu, Syafiqah

Ini la classmates saya, kat sini yang ada perempuan je, lelaki dah pergi melantak haha

 Hellooooo, ni time PoliBriged, apa benda PoliBriged tu? Kalau kat sekolah kita panggil koko aha sem 1 takde kawad, nanti sem 2 semua student wajib kawad. Mak aih merepek betul hahahaha selambe je aku snap gambar time kelas, lecturer tengok plak tu. Woi nasib baik tak kena sound
Ehhhh ade lagi gambar hehe
|
|
V



 



Haaaa ni after class, kitorang pergi main badminton jap haha time ni best, assignment tengah banyak sempat pergi main badmiton 
Senyuuuuum haha ni before nak pergi class

At hostel. For the first time i'm wearing this hijab hhe

Hi! Haha sebelum tu aku nak gelak dulu hahahahahaha lol! Aku tengah pissed-off ni -.-" Tadi time class English, lecturer aku ada buat game, game tu kena guna sifir, so kena focus, yang aku ni tiba-2 tak focus, tak pasal-2 kena denda. Dua kali plak tu aku kena denda hahaha bengang tak bengang kan, nasib baik budak kelas aku tak ramai tapi aku tetap bengang! Nak tahu tak aku kena denda apa? Haa first denda ok lagi la, just diri and introduce myself. 

Tu ok lagi, denda yang kedua pulak, aku kena menyanyi. Ya Allah haih menggeletar aku. Gila ke nak menyanyi depan semua budak kelas? Malu weh malu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa haha 5minit aku buang masa, aku diam je taknak nyanyi then dah lama sikit aku yakin, ceh yakin eaaaaa geli je haha lecturer suruh budak kelas bagi aku satu lagu untuk nyanyi, kawan sebelah aku suruh nyanyi lagu Percaya Padaku, ada yang suruh aku nyanyi lagu Justin Bieber la, Maher Zain la, Yuna la, macam-2 ah, kalau diorang kena baru diorang rasa haha then tanpa membuang masa, aku pon nyanyi lagu Percaya Padaku, ahhh terharu betul hahaha segannya aku! Macam nak seret muka kat jalan raya je --' Takpe la, pengalaman kan haha pengalaman la sangat. Aku macam tak percaya je aku menyanyi depan budak kelas hehe macam artis la pulak kahkah. Ok mood tengah bengang ni, bye 
Selamat malam evelibadi! Haha rindu Ibu laaaaaaaaa, rindunyewwWWwwwww. Petang tadi IM ngan Ibu, malam ni pon IM lagi, rajin pulak Ibu aku online harini haha aku rindu Family akuuuuuuuuuuu :-/ Ce ngepoh sikit tengok apa yang aku IM ngan Ibu, aku bagi tengok sikit je laaaaaa haha


Bukan main Ibu aku nasihat hahaha


Trololo Ibu, Aten rindu Ibuuuuuuuuu, jaga diri yeeee 
Hi! Harini first day class aku bermula.Aku belum start belajar, lecture just kenalkan subject je, duhhhh ade subject addmath weh, aku mana ada basic addmath --' Tolong aku!!! Huhh penat jugak nak pergi kelas, hostel ngan kelas bukan dekat sangat. Ok budak kelas aku semua ok-2 kutt, cuma ada sorang budak laki ni pendiam sikit, spoil je haha tadi balik from kelas aku rileks jap then online, online sambil baring, last-2 aku tertidur haha siape IM aku semua aku tak layan. Ok aku nak pergi makan ni, lapor dah. Baboiiii everybody! :)

Hi I'm in turquoise hehe bosannya harini, tak tahu nak buat apa, daripada tadi online je. Emmm eh eh tiba-2 aku rindu dia, alaaaa taknak rindu kalau boleh! Tolong la haihhh k-2 malas nak bukak cerita. Lapar la, dah makan pon lapar lagi. Kat sini selera aku kuat hehe alhamdulillah, boleh tambah berat badan hehe ok la nak off, penat duduk depan pintu ni. Semoga kita bersua lagi hahahahaha bye everybody! :D
Hi evelibadi! Haha perosak bahasa aku ni. Nahh aku nak update blog ni semalam tapi tak sempat. Semalam petang aku keluar ngan kawan baru kat sini. Pergi mana entah, aku lupa nama tempat tu tapi area Pasir Gudang ni je la, nak pergi jauh-2 semua takut sesat haha kitorang pergi beli barang keperluan, macam-2 aku beli, yang tak perlu pon aku beli, saje buang duit, nanti dah takde duit baru terkapai-kapai mencari haha ni ada sikit gambar aku nak share, kat sini ada sorang kawan aku gila gambar, wajib amek gambar kat mane-2 haha

Me, Fana (si gila gambar), Boboboiii haha and the last one is Nad :)

Me, Aen (my roomate) and Fana
#cerminkotorhaha
Hi assalamualaikum. Harini hari apa? Jumaat, aku plan nak balik rumah, macam-2 barang aku nak beli, bila dah sampai sini banyak pulak barang yang takde --' K dah sedap plan tapi tak balik pon, kawan baru tak bagi balik haha so kitorang lepak je harini lepas pergi daftar subjek. Boring weh boring, tengah duduk-2 teringat kat family, teringat jugak kat dia. Kenape ah susah beno aku nak upakan dia, tolong laaaaaaa haha tibe-2. Rindu ah kat semua yang aku kenal. Harini aktiviti aku duduk bilik orang buat bising, gosip tu gosip ni, yang best bila diorang bukak topik pasal bf. Asal best plak sedangkan aku takde bf? Haih macam-2 si Fatin ni haha

Handphone diorang busy je aku tengok, aku tanya text ngan siape, masing-2 jawab text ngan bf, sabo je le kan. Ada yang bergayut tak hengat dunia haha takpe, watlek je dah kan. Aku kat sini nak belajar ah, nak lupakan segala masalah, tu pon kalau boleh. Hehe

Alahai muka aku haha ni classmate aku, ce tengok dia tengah buat ape? Otp je --'

Kesian, aku sorang je tak layan fon haha
07072011 last day orentasi, leganya bila last day, lagi lega bila dah habis minggu orentasi tapi lepas ni mesti rindu nak orentasi walaupun jiwa batin aku terseksa masa orentasi haha tension betul. Masa orentasi aku jadi perempuan Melayu terakhir, pakaian time orentasi memang bagus, kena pakai hand-sock, stokin, tudung putih wajib and tak boleh silangkan tudung kebelakang, macam budak sekolah teknik pulak aku rasa. Aku tutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki, amboiiii kemain kau Mak Jemah haha time orentasi aku dididik untuk menutup aurat yang telah ditetapkan oleh agama. Kenapa ayat aku macam tu? Haha geli, takpe bukan selalu. Time orentasi je aku kena pakai macam tu, lepas ni dah bebas la nak pakai macam mana pon hehe

3hari berturut-2 aku bangun pukul 0400pagi, solat 5 waktu. Ekekeke jangan riak Fatin, Allah benci. Tidur pukul 0200pagi bangun pukul 0400pagi. Set alarm tapi tak sedar langsung, nasib baik ada roomate tolong kejutkan haha tak cukup tidur tau tak. Ngantok je bila dengar ceramah atau taklimat hahahaha then petang khamis tamatlah Minggu SuaiKenal. Seronok ke? Kadang seronok tapi yang penting penat. Satu badan aku lenguh-2, tolong urut, volunteer? Hahahaha k ni dua gambar je aku boleh show, malas la nak tunjuk banyak-2, muka aku macam orang hilang suami je haha


Ya Allah muka aku -.- haha dengan tudung sengetnya #tudungpinjamhihi

Tengok la pakaian kami time last day, tengok la tudung aku pon dah serabut, ni time penutup Minggu SuaiKenal. Jangan tengok lama-2!!! Hahaha 

Ok perasan kan aku skip story second day and third day? Malas nak cerita la, malas nak menaip panjang-2 banyak-2 hahaha kbye
04072011 Pendaftaran hostel. So, first day aku kat Politeknik JB. Ibu ngan Ayah je hantar aku. Kena beratur nak tunggu giliran memang leceh! Ramainya orang then nak angkut beg bawak pergi hostel kena naik bus poli, time panas terik lah aku kena beratur, kesian Ibu Ayah tunggu aku lama-2. Aku dapat roomate stay kat Perak. Lepas dah settled sesi pendaftaran, ada sedikit taklimat then bermulanya majlis Minggu Suaikenal. Macam-2 aktiviti, penat dia pehhhhhh gila ah haha busy sampai takde masa nak mandi petang weh, malam around pukul 1200malam baru dapat mandi. Amekkk, melekit tak melekit kan badan aku --' First day memang penat. Nak upload gambar tapi time orentasi tak boleh pegang fon, so takde gambar time orentasi hehehehe



Gambar ni before aku nak pergi poli, tengah gemuruh jiwa semangat membara nak menjejakkan kaki ke tempat baru :-/ Putihnya muka aku haha k tipu, tu cahaya matahari pagi, dapat vitamin C, hahaha lol kbye
Hi! Aku dah kat Poli selama 5hari termasuk hari ini, em best boleh tahan tapi miggu ni sangat penat sebab baru lepas habis majlis Minggu SuaiKenal yang berjalan selama 4hari. Aku nak update blog tapi internet kat sini sangat slow. Geram tak geram kan haaaa k-2 ce tengok muka aku before nak pergi Poli. Jangan gelakkan bila tengok, aku tahu buruk, aku memang tak pernah pakai tudung ni, alahai kelakarnya muka aku weh --''

Diam semua! Haha kbye
Hello! Tomorrow is the day. Why tomorrow huh? Haha esok aku daftar masuk politeknik. Gelabah and belum ready rasanya. Betul tak tipu --' Haihhh everything dah prepared but just 96% done hehehehe berat rasa hati ni nak melangkah keluar dari rumah ni. Nanti rindu Ibu Ayah adik-2 and semua-2 lah :-/ ceh jangan sedih-2 Fatin, pergi tak jauh mana pon, berbual macam pergi jauh melangit haha saja buat gempak

Nanti orang dalam rumah ni mesti ada yang rindu nak dengar aku menjerit, mesti punya, tipu la tuuuu kalau tak rindu hahahaha lol

Ibu ngan Ayah banyak keluar duit untuk aku masuk poli. Thanks Ayah Ibu for every single thing! Nasib baik aku kerja before nak pergi further study, ada lah sikit aku guna duit sendiri nak beli stuffs. Macam-2 aku beli, semua nak baru weh, ngade si Fatin nih. Tadi abang aku ada text, dia nasihatkan aku macam-2, tak sangka caring jugak abang aku tu, kadang-2 tak rugi ada abang macam kau. Emm ok malas nak bebel panjang, bukan ada yang nak baca haha k take care everybody! xoxo

Ibu; Tengok Ayah berkorban belikan awak laptop, belajar rajin-2. Semangat la sikit, Ibu tengok awak semangat Ibu pon semangat. Buat azam baru, buktikan pada Ibu
Ajit (abang); Esok kau daftar masuk poli? Kau jangan nak menggatal kat sana, budak-2 sana ada yang tak betul, kau jangan buat malu mak bapak kau, ibu ayah penat-2 kerja cari duit, klu kau buat malu siap kau! 

Doakan kejayaan saya, doakan keselamatan saya
Eh eh background aku haha siapa tu? Cehhh aha lekluuuuu yang tak minat Justin Bieber ni jangan nak meludah depan laptop pulak ye. Saje je letak gambar dia, dalam folder dah takde gambar orang lain kutt hahahahahaha k-2 jangan gelabah. Bye XD

Pon pooonnnnnn! Ni public blog saya, so anyone can view and stalk this blog. Hi stalker hehe blog ni baru je buat. Blog lama dah tak boleh bukak so sekarang hati saya baru terbuka nak buat blog baruuuuuuu. Phew fresh and good ok this blog. Hehe so let's follow, taknak follow sudah. Thanks bye :)